Friday, February 26, 2010

G7 series- EKSPEDISI YONG BELAR 2010



ALHAMDULILLAH
SEGALANYA SELAMAT DAN BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG MASALAH..
EKSPEDISI YONG BELAR YG DISERTAI AHLI RELAX ADVENTURE TEAM PADA 14/02/2010 HINGGA 16/12/2010 TELAH SELAMAT DIJALANKAN..
SERAMAI 28 ORANG HIKERS YG BERSEMANGAT WAJA DAN BERHATI BATU TELAH BERSAMA-SAMA MEMERAH TENAGA UNTUK MENAWAN PUNCAK YONG BELAR SETINGGI 7156 KAKI DPL IAITU GUNUNG KETIGA TERTINGGI DI SEMENANJUNG MALAYSIA.BERIKUT DISERTAKAN GAMBAR SERTA TENTATIF PROGRAM SELAMA 3 HARI TERSEBUT...


EKSPIDISI YONG BELAR 2010

12/02/2010
2245 - Bertolak menuju Kg. Raja

13/02/2010


0415 - Sampai di masjid Kg. Raja
- Siap-siap kemaskan barang-barang, parking keter, tukar uniform.
0518 - Naik powil dan gerak menuju tempat permulaan.
0548 - Sampai di tempat permulaan (Dem).
- Sarapan pagi, solat subuh, baring-baring sekejap.
0650 - Selepas bacaan doa, ekspidisi bermula.
- Layan trek tangga yang boleh tahan mencanak.
- Habis tangga, layan trek batang paip yang agak menguji kesabaran. Kaki asyik tersangkut di celah-celah batang paip.
0755 - Sampai di lintasan sungai yang pertama. Tunggu semua peserta tiba sambil layan nescafe yang disediakan oleh pakcik Kasim (guide)
0900 - Selepas semua peserta berkumpul, perjalanan diteruskan.
- Melalui Kem Kabin seterusnya layan trek resam yang agak tinggi dan semakin menaik.
0929 - Sampai ke puncak tipu yang pertama.
1035 - Tiba di puncak tipu sekali lagi.
1133 - Selamat tiba di Kem tudung.
- Peserta berhenti rehat untuk makan tengahari.
1240 - Perjalanan diteruskan ke Kem Kasut dengan melayan trek yang semakin menduga kekuatan mental peserta.
1640 - Selamat sampai ke Kem Kasut. (Last water point)
- Perjalanan agak perlahan disebabkan ada peserta yang kepenatan.
- Mengambil bekalan air dan solat jamak takhir.
1755 - Sambung perjalanan menuju puncak Yong Belar dalam kedinginan.
1930 - Berhenti di tengah trek bagi menghormati waktu maghrib.
2000 - Selamat sampai di puncak Gunung Yong Belar.
- Suasana berkabus disertai dengan angin kuat menambahkan lagi kesejukan.
2200 - Rata-rata semua peserta telah melelapkan mata setelah makan malam.

14/02/2010


0630 - Bangun untuk solat subuh.
- Mengintai-intai kelibat fajar dan mentari tetapi hampa akibat kabus yang tebal.
- Suhu yang berjaya di sukat adalah 12.3 darjah celsius.
1010 - Bergerak ke Kem Gurkha selepas selesai makan pagi dan mengemas tapak perkhemahan.
- Trek menurun melalui hutan lumut, kadang-kadang peserta terpaksa merangkak melalui bawak akar pokok-pokok.
1230 - Berhenti makan tengahari di tengah trek.
1300 - Menyambung semula perjalanan di dalam kedinginan.
1510 - Selamat sampai ke Kem Gurkha.
- Pasang fly dan dengan rakusnya menuju ke sungai untuk mandi tapi ternyata kerakusan itu berjaya dipadamkan oleh kedinginan air sungai yang mencucuk kalbu.
2030 - Sesi suai-kenal bermula selepas peserta selesai makan malam.
2355 - Masuk tidur.

15/02/2010


0630 - Bangun untuk solat subuh di dalam kedinginan pagi yang mencengkam ibu jariku.
- Suhu yang berjaya di sukat adalah 12.7 darjah celsius.
0930 - selepas selesai bersarapan pagi dan mengemas tapak perkhemahan, ekspidisi diteruskan.
- Melayan trek yang menaik dicelah-celah pokok renek yang kadang-kadang membuatkan beg peserta tersangkut di ranting-ranting dahan.
1030 - Selamat tiba di puncak Gunung Chalie Pondok.
- Berhenti rehat sambil menunggu peserta-peserta lain tiba.
1105 - Menyambung semula perjalanan setelah Pak Kasim sudah tidak tahan menunggu.
1205 - Selamat tiba di puncak Gunung 3 Negeri.
- Cuaca yang panas terik memaksa peserta mencari perlindungan dibawah pokok-pokok renek di tepi trek.
1320 - setelah selesai makan tengahari dan sesi bergambar, perjalanan diteruskan.
1435 - Selamat tiba di puncak 6040.
1500 - Menyambung semula perjalanan.
- Perjalanan yang agak pantas disebabkan terpaksa mengejar pak Kasim kerana takut tertinggal dibelakang.
1530 - Selamat tiba di persimpangan yang terletak di lurah bukit.
- Menunggu pak Kasim menyediakan halangan bagi mengelak peserta di belakang tersalah jalan.
1550 - Menyambung semula perjalanan dengan mengambil lorong sebelah kanan.
- Perjalanan melalui lurah antara 2 bukit dan melalui sungai kecil.
- Keadaan agak menyeramkan disebabkan oleh peringatan pak Kasim yang menyatakan kawasan tersebut menjadi tumpuan binatang liar.
1630 - Selamat sampai di tepi jalan.
- Sementara menunggu peserta lain sampai, kami sempat bermandi-manda dan menghabiskan bekalan makanan yang ada.
- Suhu di dalam air yang berjaya di sukat adalah 17.5 darjah celsius.
2025 - Kenderaan 4wd tiba dan bertolak ke Kg. Raja.
2050 - Selamat sampai di masjid Kg. Raja.
- Bersiap-siap dan menuju ke restoran tomyam yang terletak disebelah petronas.

16/02/2010


0015 - Selesai makan malam dan semua peserta bertolak menuju destinasi masing-masing.
0345 - Berhenti utk tidur di petronas Batu Caves kerana kepenatan.

0700- Bertolak pulang ke raub

0900 - Sampai di raub dalam kepenatan....




Tuesday, February 2, 2010

pEnDaKiAn Ke PuNcAk YoNg BeLaR

ASSALAMUALAIKUM..

RELAX ADVENTURE TEAM DENGAN GABUNGAN BEBERAPA AHLI TAMBAHAN AKAN MENGADAKAN AKTIVITI PENDAKIAN KE PUNCAK GUNUNG YONG BELAR PADA
13-15 FEBUARI 2010. AKTIVITI INI AKAN BERJALAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM MELIPUTI PENDAKIAN KE DUA PUNCAK UTAMA YANG MEMBENTUK BANJARAN TITIWANGSA INI..GUNUNG YONG BELAR ADALAH SALAH SATU DARIPADA 7 PUNCAK TERTINGGI DI SEMENANJUNG ATAUPUN LEBIH DIKENALI SEBAGAI G7.
PENDAKIAN GUNUNG TERSEBUT DIKATEGORIKAN SEBAGAI "HARDCORE" KERANA MELIPUTI PENDAKIAN MELALUI TREK YANG MENCABAR DAN PANJANG.SUHU DI PUNCAK GUNUNG JUGA DIJANGKAKAN SEKITAR 5'C.PANORAMA DI SANA SEMEMANGNYA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA..INSYAALLAH,SETELAH SELESAI AKTIVITI INI,PASTINYA AKAN ADA GMBAR2 YANG AKAN DIUPLOAD UNTUK TATAPAN UMUM..SEMOGA AKTIVITI INI AKAN BERJALAN DENGAN JAYANYA TANPA SEBARANG MASALAH..AMINN..

Thursday, January 14, 2010

PENGENALAN

AKTIVITI LASAK JANA KECERDASAN MINDA BERSAMA RELAXS ADVENTURE TEAM

Melakukan aktiviti lasak mampu menguji ketahanan fizikal disamping menjana kecerdasan minda. Kecergasan tubuh badan dengan semangat tinggi dalam menjayakan setiap aktiviti mampu menghasilkan daya pemikiran positif yang dikehendaki dalam membentuk komuniti sejahtera.Menyedari hakikat tersebut, sekumpulan anak muda Daerah Raub telah menubuhkan kelab rekreasi yang dikenali Relaxs Adventure Team atau R.A.T yang sebelum ini dikenali sebagai Raub Adventure Team. R.A.T adalah merupakan sebuah kelab rekreasi untuk ahli-ahli kelab dan individu yang berminat dengan aktiviti lasak seperti kembara hutan, mendaki gunung, menjejaki air terjun, ekplorasi gua, white water rafting, abseilling dan aktiviti lasak yang lain. Kelab ini menjemput sesiapa sahaja yang berminat dan berani untuk bersama mengikuti aktiviti yang pastinya memberi pengalaman berharga kepada semua peserta.


Berikut adalah photo-photo aktiviti yang telah dijalankan oleh R.A.T sepanjang penubuhannya.

PUNCAK GUNUNG NUANG,PAHANG-SELANGOR


aktiviti ini telah dijalankan pada 02/01/2010..permulaan yang menarik bg RAT kerana berpeluang menawan puncak gunung nuang dengan ketinggian 4898 dpl.aktiviti ini sememangnya banyak menguji ketahanan mental dan fizikal 6 orang ahli yang menyertai aktiviti kali ini..pendakian pada waktu malam meredah trek berlumpur sememangnya memberi pengalaman yang luar biasa kepada kami semua.namun semuanya seolah-olah terbayar saat kami menjejakkan kaki ke puncak gunung nuang.panorama indah yang dinikmati ternyata mengasyikkan kami walaupun keadaan agak berkabus pada waktu itu..terima kasih kepada ahli yang memberi komitmen penuh kepada kumpulan dari kiri : atoq,adat(guide),amad,azam,shida,liena & joker..



GUNUNG STONG,KELANTAN


eskpedisi gunung stong ini telah dijalankan pada penghujung tahun 2009.penutup kepada kalendar RAT bg tahun tersebut.sambutan yang diterima sememangnya sungguh memberansangkan.memulakan perjalanan dari kuala lipis ke pekan dabong dengan menaiki keretapi merupakan satu pengalaman baru kepada sesetengah ahli..setibanya di dabong,kami dibawa melakukan aktiviti eksplorasi gua terlebih dahulu.

lebih kurang jam 2 ptg,setelah selesai makan tghari kami dibawa oleh guide ke kaki gunung stong utk memulakan pendakian..perjalanan dari kaki gunung ke baha camp mengambil masa 2 jam.kami bermalam di baha camp seterusnya menikmati keindahan matahari terbit pada keesokan harinya..sesudah itu kami dibawa melakukan aktiviti river tracking sehingga ke punca pertemuan air dari gunung stong dan gunung ayam.

satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah aktiviti gelongsor batu yang benar2 menguji keberanian kami..insyaallah pada masa yang akan datang kami berhajat untuk kembali ke sini bagi menawan puncak gunung stong dan gunung ayam...




PUNCAK PINE TREE HILL,BUKIT FRASER,PAHANG


aktiviti pertama RAT.merupakan titik tolak permualaan penubuhan kelab kembara alam ini.bermula dgn aktiviti sekadar mengisi masa lapang,akhirnya kami mula mengorak langkah menceburi aktiviti ini secara serius.aktiviti ini dijalankan pada awal tahun 2009.keseluruhan peserta pada ketika itu adalah di kalangan wargakerja bank rakyat.namun kini,RAT mula membuka penyertaan kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berani untuk turut serta mengikuti program yang dijalankan.di samping dapat menambahkan ahli kelab,ini juga adalah salah satu platform bagi kami mengeratkan lagi silaturahim dalam membentuk komuniti sejahtera..


SUNGAI SIA ADVENTURE CAMP,ULU SUNGAI,RAUB


aktiviti kedua RAT bg tahun 2009..juga lebih bersifat training course..walaubagaimanapun,trek yang agak jauh membuatkan sesetengah ahli hampir berputus asa di pertengahan jalan...:-)

namun berbekalkan semangat yang kuat dan pertolongan dari guide2 yang terlatih,segalanya berjaya diatasi.pengalaman yang menyeronokkan dan memberi impak yang kuat dalam mentafsir istilah setiakawan yg sebenar..thanks frenz..

Friday, December 4, 2009

SaLaM pErKeNaLaN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
"relaxadventure.blogspot" ADALAH BLOG YANG DIWUJUDKAN BAGI MEMPERKENALKAN SERTA BERKONGSI INFO-INFO TERKINI MENGENAI SALAH SATU LAGI KELAB KEMBARA ALAM YANG BARU DITUBUHKAN.BLOG INI JUGA BERTUJUAN UNTUK MENCARI AHLI-AHLI BARU SERTA MENAMBAHKAN LAGI ILMU SERTA MAKLUMAT MENGENAI AKTIVITI BERKAITAN.SEMOGA DENGAN ADANYA BLOG INI AKAN MEMBUKA LEMBARAN BARU SELANGKAH KE HADAPAN BAGI KELAB KEMBARA INI..INSYAALLAH.
- KERABAT RIMBA -