AKTIVITI LASAK JANA KECERDASAN MINDA BERSAMA RELAXS ADVENTURE TEAM
Melakukan aktiviti lasak mampu menguji ketahanan fizikal disamping menjana kecerdasan minda. Kecergasan tubuh badan dengan semangat tinggi dalam menjayakan setiap aktiviti mampu menghasilkan daya pemikiran positif yang dikehendaki dalam membentuk komuniti sejahtera.Menyedari hakikat tersebut, sekumpulan anak muda Daerah Raub telah menubuhkan kelab rekreasi yang dikenali Relaxs Adventure Team atau R.A.T yang sebelum ini dikenali sebagai Raub Adventure Team. R.A.T adalah merupakan sebuah kelab rekreasi untuk ahli-ahli kelab dan individu yang berminat dengan aktiviti lasak seperti kembara hutan, mendaki gunung, menjejaki air terjun, ekplorasi gua, white water rafting, abseilling dan aktiviti lasak yang lain. Kelab ini menjemput sesiapa sahaja yang berminat dan berani untuk bersama mengikuti aktiviti yang pastinya memberi pengalaman berharga kepada semua peserta.
Berikut adalah photo-photo aktiviti yang telah dijalankan oleh R.A.T sepanjang penubuhannya.
aktiviti ini telah dijalankan pada 02/01/2010..permulaan yang menarik bg RAT kerana berpeluang menawan puncak gunung nuang dengan ketinggian 4898 dpl.aktiviti ini sememangnya banyak menguji ketahanan mental dan fizikal 6 orang ahli yang menyertai aktiviti kali ini..pendakian pada waktu malam meredah trek berlumpur sememangnya memberi pengalaman yang luar biasa kepada kami semua.namun semuanya seolah-olah terbayar saat kami menjejakkan kaki ke puncak gunung nuang.panorama indah yang dinikmati ternyata mengasyikkan kami walaupun keadaan agak berkabus pada waktu itu..terima kasih kepada ahli yang memberi komitmen penuh kepada kumpulan dari kiri : atoq,adat(guide),amad,azam,shida,liena & joker..
eskpedisi gunung stong ini telah dijalankan pada penghujung tahun 2009.penutup kepada kalendar RAT bg tahun tersebut.sambutan yang diterima sememangnya sungguh memberansangkan.memulakan perjalanan dari kuala lipis ke pekan dabong dengan menaiki keretapi merupakan satu pengalaman baru kepada sesetengah ahli..setibanya di dabong,kami dibawa melakukan aktiviti eksplorasi gua terlebih dahulu.
lebih kurang jam 2 ptg,setelah selesai makan tghari kami dibawa oleh guide ke kaki gunung stong utk memulakan pendakian..perjalanan dari kaki gunung ke baha camp mengambil masa 2 jam.kami bermalam di baha camp seterusnya menikmati keindahan matahari terbit pada keesokan harinya..sesudah itu kami dibawa melakukan aktiviti river tracking sehingga ke punca pertemuan air dari gunung stong dan gunung ayam.
satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah aktiviti gelongsor batu yang benar2 menguji keberanian kami..insyaallah pada masa yang akan datang kami berhajat untuk kembali ke sini bagi menawan puncak gunung stong dan gunung ayam...
PUNCAK PINE TREE HILL,BUKIT FRASER,PAHANG
aktiviti pertama RAT.merupakan titik tolak permualaan penubuhan kelab kembara alam ini.bermula dgn aktiviti sekadar mengisi masa lapang,akhirnya kami mula mengorak langkah menceburi aktiviti ini secara serius.aktiviti ini dijalankan pada awal tahun 2009.keseluruhan peserta pada ketika itu adalah di kalangan wargakerja bank rakyat.namun kini,RAT mula membuka penyertaan kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berani untuk turut serta mengikuti program yang dijalankan.di samping dapat menambahkan ahli kelab,ini juga adalah salah satu platform bagi kami mengeratkan lagi silaturahim dalam membentuk komuniti sejahtera..
aktiviti kedua RAT bg tahun 2009..juga lebih bersifat training course..walaubagaimanapun,trek yang agak jauh membuatkan sesetengah ahli hampir berputus asa di pertengahan jalan...:-)
namun berbekalkan semangat yang kuat dan pertolongan dari guide2 yang terlatih,segalanya berjaya diatasi.pengalaman yang menyeronokkan dan memberi impak yang kuat dalam mentafsir istilah setiakawan yg sebenar..thanks frenz..

.jpg)
No comments:
Post a Comment